Wednesday, July 2, 2008

karangan ekspositori

Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak dipernuat dari kayu yang berukuran 80cm panjang dan 18 cm lebar. Kadang-kadang papan congkak ini diukur dengan ukiran yang indah.
Papan congkak mengandungi 14 libang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan juga oleh wanita .
Cara bermain ialah;
Pusingan pertama:

(a) Kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan


seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-m,asing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Pusingan kedua:
(a) Kedua-dua pemain mengisikan buah semula ke dalam kampungnya.
(b) Jika didapati seorang itu kekurangan buah, kampung yang kurang itu dianggap

Sunday, June 29, 2008

pandanganku terhadap permainan congkak

Sewaktu kecil,saya bermain congkak bersama nenek saya.Dia akan selalu bermain dengan saya.Pada kali pertam, saya tidak tahu bermain congkak tetapi diajar oleh nenek saya. Semakin saya besar,saya lebih mahir bermain permainan ini.Saya harap remaja-remaja zaman ini akan suka bermain permainan tradisional ini.